Friday, 15 November 2013

FULL HOUSE My favourite Drama......

Oklah.... aku( rhye zhue ) nak berkongsi sikit.... aku sangat2 minat dengan satu drama korea ni... lame dah aku tengok cerita ni.... tapi aku tengok balik cz teringatkan seseorang.....

Pada mulanya, aku ni memang paling benci sangat cerita korea ni....  ex- aku yang paksa, tengok lah cerita nie... best..... then, mase kolej dulu, aku terpegang cd dia cz dia kata nak pulangkan cd tu, dan secara tak tersengaja, aku tertengok.... hahaha, jadi aku tertengok cd satu je, dalam hati aku, pasni maleh dah nak tengok.... pas je habis cd 1, tetibe nak tengok yang lain-lain.... habis dari malam, sampai pagi aku tengok cerita tu.... lebam gak biji mata ni...... huhuhu... sejak dari tu, aku terus minat cerita genre romantik komedi ni... then, yang penting, aku akan tengok cerita ni sorang2 cz aku ni mudah menghayati cerita... (dengan kata lain, mudah mengalirkan air mata), hahaha.... poyo je aku, tapi, itulah perasaan..... then, pagi tu jugak aku bagi cd tu balik kat ex aku( takut aku ketagih) hahaha.... dan sejak tu, aku jumpa je ex aku, aku akan cakap "aja-aja fighting", itu satu trademark dalam filem tu.... maksudnyer, berusaha bersungguh, hehehe.... Sangat menyentuh perasaan cz jalan cerita nyer "unpredictable"...... sinopsis kat bawah... bacelah....... :-D





for malaysian:Di siarkan di Korea pada tahun 2004 dalam slot drama malam di stesen tv tempatan Korea iaitu Korean Broadcasting System (KBS) dan disiarkan melalui format baru tv pada ketika iaitu iaitu 480p dan 720p bagi definisi tinggi.Mempunyai 16 episode keseluruhan,berkisar mengenai seorang pelakon terkenal Lee Young-jae (Rain) yang sombong,angkuh tetapi menyembunyikan perangai sebenarnya atas sebab ingin menjaga populariti dan imejnya sebagai pelakon yg berjaya,dalam pada masa yang sama wujudnya seorang wanita dalam hidupnya yang bakal mengubah kehidupanya,Han Ji Eun (Song Hye Kyo) seorang penulis internet yang kurang mendapat sambutan kerana karyanya yang kurang menarik..seorang perempuan yang agak mengabaikan kebersihan tetapi tinggal di rumah banglo yg besar di tepi pantai,peninggalan ibu bapanya yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa dia masih kecil lagi.akibat terlalu mempercayai rakannya yang dikenali dari zaman persekolahan,Han Ji Eun telah ditipu oleh rakannya utk menjual rumah dgn cara menyuruh Han Ji Eun melancong ke China kononnya lawatan percuma dari sebuah Bank.tanpa berfikir banyak Ji Eun membuat keputusan ke China dan berjumpa Lee Young Jae yg kebetulan menaiki kapal terbang yang sama,..sesampainya Ji Eun di China,dia mula berasa hairan dgn tawaran itu lalu mengesyaki kawan karibnya mempunyai muslihat lain,dia harus pulang ke Korea tetapi dia kehabisan wang dan akhirnya dia meminta Lee Young Jae memberikanya wang sebagai ganti dia akan membayarnya selepas pulang ke Korea.Tetapi malangnya selepas pulang,dia mendapati rumahnya telah di jual kepada orang lain dan rakannya telah menghilangkan diri.Akibat dari itu dia terpaksa juga menyerahkan rumah itu kepada orang lain tanpa kerelaan hatinya.Namun tiba-tiba muncul Lee Young Jae yang tidak disangka akan bertemu kembali dan dia mengatakan pemilik baru rumah tersebut adalah dia,kerana terlalu sayang akan rumah peninggalan itu Ji Eun membuat perjanjian perkahwinan palsu dgn Lee Young Jae,tanpa disedari setelah beberapa lama bersama,mereka berdua mula menaruh perasaan cinta dan saling memerlukan..namun mereka menghadapi pelbagai rintangan perasaan akibat wujudnya orang ketiga dari dua belah pihak..

Full House juga disiarkan di lebih 30 buah negara dari Asia ke Amerika Selatan dan juga Eropah,mendapat sambutan yang mengejutkan apabila ianya mencatat rekod tontonan tertinggi di Eropah dgn 67% serta 89% dia Asia dan asia tenggara penoton keseluruhan episod,sekaligus mencatat rekod baru bagi drama luar terbaik di beberapa stesen TV termasuk di Malaysia..
8tv telah menyiarkan drama ini sebanyak 2 kali pada tahun (2006)pada Slot Best of Asia 8.30pm-9.30pm (2008) 4.00pm-5.00 pm dan yg terbaru NTV7 pada (2011) dari Januari - Mac 2011 bermula jam 12.00 tgh-1.00ptg

Enjoy my Friend..... :-)

By RHYE ZHUE..........



Monday, 14 October 2013

HARAPAN tinggal HARAPAN......

Salam semua.... kali ni nak kongsi sikit pasal hati aku nie.....
lantaklah orang nak kata apa... yang penting aku dapat lepaskan apa yang tersurat kat hati aku.....


kadang-kadang aku tak yakin dengan mase depan aku... selepas di tinggalkan oleh ex aku yang telah berkahwin ngan orang lain... aku terase macam ada yang tak di isi oleh hati aku...

pernah juga aku cuba mencintai orang lain, tetapi... strong relationship dulu masih kua... maklumlah... dia cinta sejati aku, mungkin dia tak....

kalau aku kahwin pun nanti, semjata utama yang boleh lumpuhkan aku adalah ex aku.... aku risau akan porak perandakan keluarga asing2... tapi buat mase ni, dia bahagia dengan suami dia..... dan sebab itulah aku tak kahwin sampai sekarang....

seriusly... aku fobia nak bercinta sebenarnya...... aku fikir aku tak layak... lepas je aku disingkirkan dari hidup ex-aku... aku dapat rasakan aku tak layak... maklumlah.., suami dia sekarang Akauntan, Kaya, Kereta Besar, Rumah besar... macam2 lagi...

Even, ramai kata dari segi luaran, aku macam tak nampak matang.... susuk tubuh kecik, rendah, muka budak2.... ramailah mak mentua- mak mentua akan reject aku...
kada2 aku sedih jugak... jangan lihat dari segi luaran....
tapi nak buat macam mane, allah dah lahirkan aku macam ni... aku terima jew....

aku harap2 sangat adew seseorang yang boleh bagi aku kebahgiaan macam ex- aku dulu... tapi.. sampai sekarang memang tak de orang pun lagi... malah xda pun orang yang nak jadikan aku lebih sekadar kawan.... rat-rata mereka suka berkawan dengan aku...

dan... aku terima jugalah.... :-(

teriam kasih kerana membaca, assalamualaikum.... 



Tuesday, 10 September 2013

My First time job at AEON Seremban 2

Jadi aku start keje kat jusco masa tahun 2009 sampai 2011...... kat sini macam2 aku belajar... tapi lebih dari customer serving.....

penah gak aku jadi sengal kat sini.... dan kat sini belajar aku cara untuk berdikari....

kenangan yang x dpt aku lupakan mase aku nak buang barang2 "P.A", ataupun mudahnyer barang yang x berapa elok..... tapi sebebnarnya barang tu elok... contohnyer drill dinding... wayar jew takde, tapi aku ambik, aku repair kat kedai, untung x? hahaha... tapi nak ambik bukan senang.... kena lalui proses2 rumit termasuk bos, last sekali baru buang kat tong sampah..... yang kat tong sampah tu lah yang aku boleh ambik... korek lah aku sorang2 kat tong sampah tu.... besar tong sampah lak boleh muat 20 orang.... hahaha...
lantaklah... yang penting untung..... :-)




Tapi tak lama pun akau kat sini... aku dapat tawaran kerja yang lebih baik....
aku berhijrah kat pos malaysia pulak.......... aku tetap rindukan seremban... kat sinilah tempat aku bangun ngan jatuh... kat sini aku belajar, kat sini gak aku cari rezeki..... tapi yang best... aku akan bekerja kat Raub... tempat aku membesar.....
yeah!!!!!!!!!!!

Wednesday, 31 July 2013

Kolej Teknologi Alpha, I'm Coming!!!!!!! yeah!!!!!!

aKhirnya, aku sambung Diploma kau kat Kolej Technology alpha atau PUn, Alpha college Of Technology( ACT), kat sini mase mula2 masuk... indah khabar dari rupa...... tempat belajar, tempat tido, facility sume gred E, satu course ade berbelas student jew... tapi aku terfikir, napelah aku belajar kat sini...? dan baru aku teringat kata-kata kawan aku syamil, :"rezeki ada kat mane2 jew" dan aku mula bersyukur dan buang sume benda2 positif,

Kat sini kau ambik Dilpoma in Business Studies dan batch aku adalah batch terakhir untuk diploma kat kolej ni,


INI Sume POYO!!!!!! :-)

Classmate aku yang sengal!!!! huhuhuhu.....



My Housemate!!!!

My Classmate Girl melayu terahir... Cun Tak? hehehe........ 2007-2010

... aku masuk sama2 ngan First Love aku... huhuhu... best sangat,  cz dari sekolah kitorang bersama, kat kolej pun belajar same, kitorang dan janji mase tu.... :-) , kat sini aku belajar banyak perkara, maklumlah.... nak jaga dua mulut... saling bantu membantu...., dan aku mula kesempitan wang.... jujur aku cakap, dah masuk IPT, korang memang akan kesempitan duit, tipulah kalau tak.... tu sebab kadang2 aku menyesal x sambung Form 6, hemh... bialah.... bila aku kekurangan duit, aku terus bekerja part time kul 6 smpi sepulih kat Jusco S2.... tahun tu semester kedua tahun 2007. aku bekerja same2 ngan first love aku, same2 bekerja.... dapat banyak duit sikit, jusco bayar Rm 4 sejam, bolehlah buat belanja rm 400 sebulan. letih jugak weh nak cover belajar ngan kerja.... memang pening wo.... tapi aku tetap tabah cz family aku ngan family dia tak kaya.... aku penah makan nasi ngan telur masak kicap je, tu pun kadng2 kongsi dua orang, punyalah payah nak cari duit kalu tak kerja.....fuh.....  Bila dapat ptptn jew, aku terus bincang ngan first love aku nak beli kereta, akhirnya aku dapat guna kereta proton saga milik ayah dia, aku kumpul duit ngan dia beli ngan harga rm 3000.00 tapi sekarang kereta tu ada kat dia dah.... :-) , dengan kereta tu mudah aku nak gerak g kerja part time aku, balik kampung ngan macam2 lagi ( ceh..... kami orang pertama pakai kereta mase kat kolej dulu.. huhuhu?...... 

Kat kolej ni jugak aku dapat meningkatkan tahap kemahiran bola sepak aku tapi kali ni futsal...., jadi kau buat tean aku sendiri dengan name " Ixora City" , x sangka pemain2 aku cuma budak2 rumah aku yang x berape pandai tapi kami antar pasukan di geruni mase tu, huhuhu... mungkin sebab kami dah biasa main, dapt jugak merangkul piala ' DR Hamzaid Yahya" sekali. dengan kata mudah, Johan Peringkat Lo;ej aku lah.... Yeah!!!!
rumahku syurga ku.... dari kiri, aku-Kamal-zupki-zaidy-melik-Zul
Zamzuri (Pengurus)-sorry takde gambar...


Johan!!!!!!!! Piala Dr Hamzaid kali Ke-2

diam tak diam kat 3 tahun jugak aku belajar, 3 tahun gak aku kerja part time kat jusco....tahun 2010 aku grade ngan first love aku same.... huhuhuhu best tau...... daptlah diploma nyer pun... huhuhuhu... tapi aku cube nak sambung degree.....tapi memikirkan nak hutang ptptn lagi, aku tekad bekerja jew...... akhirnya... aku ditawarkan kerja kat Pos Malaysia Raub, Yeay!!!!!! dapat kerja kat tempat sendiri...... :-)


Alhamdulillah, tahun 2013, aku dengar kat Kolej teknologi alpha dah semakin membesar,,, student makin ramai..... kawan2 aku yang grade dulu pun dah kerja ok..... :rezeki ada kat mane2"... chaiyok1!!!! kolej alpha....... :-)

nanti aku sambung Pasal Kerja aku Kat  pos malaysia pulak ye.... :-)


Tqvm.... Luv U all........ -Rn4E-

SPM Kat SMK Mahmud!!!!!!!

Bola sepak Projek mahmud asrama 2006 ( mane satu aku?) :-)
Hari pertama aku kat Smk mahmud, 2005-2006
Surau Asrama Smk Mahmud 2005

Banyak pengalaman aku dapat kat sini.... dari segi sukan, kawan dan My First Love.....huhuhu..... Tapi aku x nak cerita bab tu lagi.... cuma nak cerita pasal pengalaman aku kat asrama dan sekolah.... kat Sekolah Tu aku duk kelas 4 Jujur, antara kelas tertinggi... periksa pun aku antara yang terbaik, namun, lama kelamaan, aku jadi leka sampai result aku pun agak kurang memuaskan.... tapi apa yang bestmkat sekolah ni?, Kat sekolah ni jugak aku dapat mewakili kebangsaan dalam bola sepak, kursus dan bengkel2 peringkat kebangsaan...... memang terbaiklah mahmud, Mase form 5 pulak, dapat kelas aircond... best wo...... sejuk jew.... dan masa form 5 aku makin hanyut.... hemh... pelajaran pun ntah kemane, ntahlah punyanyer mungkin cinta atau aku malas belajar.... mase kat asrama pulak, aku jadi exco dewan makan, dari sampai x cukup nasi sampai lah nasi kena buang, sume aku jaga..... yang best... tiap-tiap malam aku dapat makan free cz banyak lebih....jadi untunglah jadi exco dewan makan...huhuhuhu.... 

Start form 5, aku dah start meniaga, maklumlah, keluarga x kaya.... jadi aku cuba cari duit sendiri.... aku jual maggi, jajan, air, gula2 dan mcm2 lagi.....aku leh dapat rm 200 seminggu... buka malam jew, siap ada pembantu... hahahaha.... ok x? , dalam setahun tu tak pernah kantoi ngan warden, mase wat spot check ada kantoi gak tapi warden tanye, aku cakap stock sebulan  nnngggeeeee, line clear........ asal balik sekolah, fly g banda beli stock kat pasaraya aktif(dah tutup sekarang) :-) , 
sampai lah aku habis spm....... dan Spm aku dapt 6 kredit jew, xda A tapi Xda gagal....
baru aku sedar kesilapan aku, tapi aku bukan mudah putus asa.... aku pun terus sambung buat diploma kat Kolej Teknologi alpha Seremban.... Nanti aku sambung lagi.....

Luv U all's............ :-)


inilah kawan2 aku yang banyak membantu mase kat asrama dulu....
 





Tuesday, 16 July 2013

SMK Tengku Kudin- Asrama dan sekolah ku.......

Sambungan cerita kau k..... sebelum tu, suka cerita kat blog aku pasal aku cz kalu cerita kat orang, belum tentu orang concerntrate kita kan?


Ok, pastu aku masuk asrama sekolah nie sampai form 3 (2002-2004),.... masa masuk asrama, macam biasa lah, memg x tau menda.... jadi, budak form 1 ni banyak lah "kerek" belaka.... hahaha.... termasuk aku....
then, pastu ada satu malam perjumpaan ngan sume budak form 1 ngan abg senior.... mungkin sebab x tahan kot ngan budak form 1 kot... pastu start ah pembulian berlaku ke atas ku..... :-(, but aku ok.....
dalam banyak2 "ragging', yg aku ingat, aku kena cium stoking bau "cagon" tahap dewa..... busuk giler.... kesalahan aku, men pakai jew kasut orang.... padan muka ko din!!!!, then aku terima jelah......sejak dari tu, kitorang respect antara satu sama lain..... sampai aku form 2, aku pun tengok benda yg sama berlaku pada "freshie" aku.... betul lah... kita kena ajar budak2 baru tntg asrama....

Banyak benda yg aku dapat kat asrama sebenarnya...., even aku khatam quran masa sekolah rendah, aku masih kurg bersolat dan menghafal al-quran... jadi kat sinilah aku belajar sumenyer..... solat dengan teratur, bangun sebelum waktu subuh....menbasuh baju..... hahahah... ada term(pangkat) yg aku lucu sampai sekarang..... jgn lah kita jadi "PERAMah"..... sape2 yg suka peram baju, tahulah pangkat tadi yg diberikan masa asrama dulu...., 

Pastu kat asrama jugak aku pandai main bola, biasalah... main2 petang... form1. form 2 aku x lepas main sekolah, alasan, sebab aku "pendek" , siot jew cikgu tu.... tapi aku terus berusaha masa form 3, akhirnya kau berjaya jugak, bukan sebab aku jadi tggi... tapi ke expertan aku main bola... dapat wakil sekolah, daerah, then hampir terpilh mewakili pahang, tapi x berjaya cz daerah raub lepas smifinal.... at least ada gak jurulatih tertanya2 aku... huhuhu... bangga sekejap..., dulu kat sekolah T.K nakal jugak aku... suka kcu perempuan... tapi dulu lah, cinta monyet....." pendek2, ada orang nak gak tau... huhuhu... k2, lupakan.....
Hantu kat asrama? mustahil xda cerita yg aku dengar... tapi aku x terlepas kena sebenarnya, tp alhamdulillah, aku x nampak, cuma kena tegur jew.... camni cerita dia......
mcm biasa, masa form3, budak2 form 1 baru masuk then aku memilih budak2 yg sangat kerek....
hahaha.... masa tu aku senior, dia pggil abg lah(pandai pun hormat adik oi), pastu aku bukaklah cerita pasal tangan hijau kat dalam tandas, budak meninggal kena kipas, budak bunuh diri, kepala atas almari...... huahuahua.... dengan bangganyer aku menggoreng cerita-cerita tersebut..... selepas siap bercerita, aku tengok muka budak2 pucat... dalam hati ( mission accomplished)......
dan malam tu jgk sebenarnye aku x selesa, x boleh tido.... n aku pandang kat padang sekolah mahmud( asrama kat area situ masa tu).....aku pandang tak berkelip... dan perasaan mula menghantui aku.... aku cube tido dan tido tapi x boleh.... tepat jam 12.30 tengah malam(cewah... ingat lagi tu), aku pun telah disergah satu suara, dia sergah lembut jew... tapi aku jerit sebatu dengar....., yang aku heran, kat bilik tu, ramai(13 orang) yg bangun 3-4 orang jew.... diorang kawan2 bilik aku yg rapat(hendar,zairee, azhar,syamil).... yg budak2 lain buat keras jew(takut lah tu )....malam tu jugak aku, turun tido kat surau selepas baca yassin.... 4 orang ni lah menemani aku... sejak dari tu, aku x bercerita ngan budak2 ni pasal benda-benda ni, baru aku faham... berlagak sangat menggoreng cerita, kena kat aku balik...
pastu, pagi esok warden berucap, ntah macam mane warden kata dia leh dengar suara aku menjerit semalam.... padahal rumah warden jauh kat padang syahbandar tu...name warden tu Cikgu Rofidzan, sekarang kat SMK syahbandar hussien jadi GPK..... , dia nasihat " kome nie jangan nakligat sangat, semalam kah tau ade benda" fuyo... loghat tak hilang tu.... hahahaha.... pastu, nasib baik x mention name aku....jadi, ambik iktibar... jangan berlagak tau... kalu betul cerita, kalu tak, jangan cerita....

selesai aku kat SMKTK dengan keputusan agak baik PMR, aku berhijrah ke SMK mahmud 2005-2006 cz dapat tawaran main skuad projek bola sepak kat sane..., nantikan....., next session lak yer... lotih menulis........ luv u all's.... :-)

Saturday, 13 July 2013

Sekolah Rendahku..... Bukit Fraser.

Assalamualaikum sume.......

meh aku cerita sikit pasal aku.......,
aku dibesarkan di bukit fraser..... dan dari kecik aku kat sini (darjah 3),
sk bukit Fraser sekolah yg x kan aku lupakan....masa tu kelas ada 11 orang jew.... jadi mase exam, aku cakap no 7 pun diorang wow....hahahaha.... kat sini kawan paling rapat aku En Syamil.....huhuhu... even sampai sekarang aku terhutang budi ngan dia....dalam gambar kitorang johan tarian... hahahah siap berlipstik....
syamil yang pakai sweeter merah..... cute kan......
lepas darjah 6, aku ngan kawan2 risau cz pasni kitorang nak g sekolah yang ramai budak..... kami lak dah biasa dengan kemasyarakatan yang sikit... :-), aku akan ke sekolah smk Tengku kudin.......
same ngan kawan2 aku gak..... best duk smktk nie rupenyer...... duk asrama katakan..... nanti aku sambung..... :-)

Hari baru buat aku.....

Nama aku Mohd Raizuddin......
aku 24 tahun........ dan bekerja....
aku baru dalam blog.... huhuhu... jadi banyak menda kau tak tahu

aku nak buat blog sebab senang nak berkongsi sesuatu yang boleh aku bantu.....
aku pun ada masalah,.... tapi kita cuba serap masalah dengan baik.....
terutama masalah cinta....... :-)

insyaallah aku akan ceritakan perjalanan hidup aku......
apapun..... tunggu...... :-)